Wednesday 15 February 2017

FAKTA-FAKTA SAINTIFIK YANG TERDAPAT DALAM AL-QURAN DAN AL-HADIS

 












NAMA KURSUS:  SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

TAJUK: FAKTA-FAKTA SAINTIFIK YANG TERDAPAT DALAM AL-QURAN & AL-HADIS

NAMA PENSYARAH: PUAN RAZANA BINTI MOHD KASIM

KELAS: DTM 2A               


NAMA
NO. PENDAFTARAN
SITI NUR FATIN BT MOHD MOKHDI
02DTM16F1143
ENGKU NURALIA NADHIRAH BT ENGKU MOHD REDZUAN
02DTM16F1114
NORSYARAFANA BT SUHAIMI
02DTM16F1083
HUSNA ATIQAH BT RASDI
02DTM16F1123
NUR AFFIFAH SYAZWANI BT ZAKARIA
AIN SYAKIRA BT ZAINAL ABIDIN
02DTM16F1038
02DTM16F1139



Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam
 " WAHYU SEBAGAI SUMBER SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN "

Topik ini menjelaskan kedudukan sains serta fakta-fakta saintifik yang terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis.
Hasil Pembelajaran :
 1.0 : Menerangkan al-Quran dan al-Hadith sebagai sumber sains, teknologi dan kejuruteraan.
1.1     Memahami wahyu sebagai sumber sains, teknologi dan kejuruteraan.
          1.1.1  Menjelaskan pengertian wahyu menurut Islam.
          1.1.2  Menerangkan peranan wahyu menurut Islam.
1.1.3  Membincangkan wahyu sebagai sumber dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan.
1.2     Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran dan al-Hadith.
          1.2.1  Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran.
          1.2.2  Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Hadith.

PENDAHULUAN
Al-Quran adalah mukjizat kekal sebagai bukti kebenaran bahawa Muhammad ialah Rasulullah SAW. Pengekalan mukjizat al-Quran akan tetap dirasai oleh seluruh manusia hingga ke akhir zaman. Ini berbeza dengan mukjizat seketika yang hanya dirasai oleh umat sebelum kita, bahkan mukjizat yang dirasai oleh sahabat nabi, selain al-Quran.

Sebagai contoh, Nabi Nuh AS dengan mukjizat taufan dan air banjir yang hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi Saleh AS dengan mukjizat unta hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi Musa AS dengan mukjizat membelah air laut dan hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi Isa AS dengan mukjizat boleh menghidupkan yang mati atas izin Allah dan hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja.

Tetapi Nabi Muhammad SAW dengan mukjizat al-Quran berlaku untuk dan dirasai seluruh umat manusia ketika dan sesudah Baginda tidak kira masa dan tempat sampai hari kiamat dan ia akan kekal dipelihara seperti ditetapkan al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya" (Surah al-Hijr: 9),
Dengan jaminan Allah ini, terpeliharalah kitab suci al-Quran daripada sebarang perubahan, dan bersinarlah cahayanya ke seluruh dunia.

Sejak awal manusia, kita telah berusaha untuk memahami sifat dan tempat kita di dalamnya. Dalam usaha ini untuk tujuan hidup, ramai orang telah beralih kepada agama. Kebanyakan agama adalah berdasarkan kepada kitab-kitab yang didakwa oleh pengikut mereka diberikan oleh Tuhan tanpa apa-apa bukti.

Islam adalah berbeza kerana ia adalah berdasarkan alasan dan bukti.Terdapat tanda-tanda jelas bahawa kitab Islam, al-Quran, adalah kalam Tuhan dan kita mempunyai banyak sebab untuk menyokong tuntutan ini. Terdapat fakta saintifik dan sejarah yang terdapat dalam al-Quran yang tidak diketahui oleh orang-orang di masa itu, dan hanya baru-baru ini telah ditemui oleh sains kontemporari.

Al-Quran adalah dalam gaya bahasa yang unik yang tidak boleh ditiru, ini dikenali sebagai 'Ketulenan Al-Quran’.Terdapat ramalan-ramalan yang dibuat dalam Al-Quran dan oleh Nabi Muhammad SAWyang telah pun berlaku.Terdapat banyak fakta saintifik yang terdapat dalam al-Quran, berabad-abad sebelum mereka 'ditemui' dalam bidang sains kontemporari. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa Al-Quran bukan kitab sains tetapi sebuah kitab 'tanda-tanda'. Tanda-tanda ini berada di sana untuk orang mengiktiraf kewujudan Tuhan dan mengesahkan wahyuNya.

Seperti yang kita tahu, sains kadang-kadang mengambil 'U Turn' di mana apa yang pernah menjadi saintifik adalah palsu beberapa tahun kemudian. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad pada abad ke-7.Sains pada masa itu adalah primitif, tidak ada teleskop, mikroskop atau apa-apa walaupun dekat dengan teknologi yang kita ada hari ini. Orang percaya bahawa matahari mengorbit bumi dan langit telah dipegang oleh tiang besar di sudut-sudut bumi yang rata.

Dalam latar belakang ini, Al-Quran diturunkan, dan ia mengandungi banyak fakta saintifik mengenai topik-topik daripada astronomi kepada biologi, geologi kepada sosiologi.Sesetengah orang mungkin mendakwa bahawa al-Quran telah diubah sebagai fakta saintifik baru ditemui tetapi ini tidak boleh menjadi kes kerana adalah satu fakta yang didokumenkan sejarah bahawa Al-Quran terpelihara dalam bahasa asalnya.

TOPIK  : WAHYU SEBAGAI SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS 
Menerangkan Al-Quran dan Al-Hadith Sebagai Sumber Sains, Teknologi dan Kejuruteraan
2.1.1   Menjelaskan pengertian wahyu menurut Islam
Bil
Aspek Bahasa
Aspek Keilmuan Islam
1
Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan oleh Allah swt kepada orang pilihan-Nya dan ia merupakan hidayah dan ilmu (yang diberi) secara rahsia dan tersembunyi bukan diperoleh melalui cara biasa.
Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan kepada nabi dan rasul-Nya, melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bentuk yang bertulis [وحي متلو] atau yang tidak bertulis
[ وحي غير متلو] yang mengandungi syariat bagi mengurus kehidupan manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Wahai Muhammad)  sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya dan Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, serta nabi-nabi keturunannya dan nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman, dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur” (Surah an-Nisa: 163)


Firman Allah SWT lagi yang bermaksud :
“Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui”                                                                 (Surah An-Nahl:43)
Daripada ayat di atas menjelaskan bahawa Allah SWT telah menerangkan bahawa semua para rasul dan nabi menerima wahyu daripada Allah SWT secara langsung.


2.1.2   Menerangkan Peranan Wahyu Menurut Islam
Peranan al-Quran dan dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan Islam.
Definisi Al-Quran :


Kalam Allah atau wahyu Allah yang mengandungi mukjizat kepada Nabi Muhammad dan ditulis dalam mashaf dan disampaikan secara mutawatir dan membacanya merupakan ibadat. Isi kandungan Al-Quran mengandungi lebih 6000 ayat yang membincangkan perkara-perkara mengenai soal kepercayaan atau akidah, asas dan bimbingan akhlak manusia, asas sususnan ekonomi, asas politik dan asas ilmu pengetahuan. (Ab Aziz Ismail, 2008:45)


Bil
Peranan
Huraian
1
Menjelaskan Aqidah Islam
-     Wahyu Allah SWT diturunkan bagi menjelaskan maksud aqidah, peranannya dalam kehidupan, faktor-faktor naik turunnya aqidah dan sesuatu yang boleh merosakkan akidah.
-     Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah.
(Surah Al-Ankabut: 19)
2
Menerangkan Syariat Islam
-     Wahyu yang diturunkan oleh Allah adalah sebagai menjelaskan hukum syariat dalam sesuatu kehidupan manusia.
-     Sebagai penjelas kepada syariat dan panduan dalam pelaksanaan tersebut.
-     Al-Qur’an diturunkan bagi memastikan syariat difahami oleh manusia dari aspek maksud dan pelaksanaannya
3
Menghuraikan Akhlak Islam
-     Wahyu Allah menjelaskan berkenaan dengan panduan akhlak sebagai seorang muslim.
-     Semua cara kehidupan manusia juga terkandung dalam ayat al-Quran.
-     Antara akhlak yang wajib dihayati ialah sikap bertanggungjawab ataupun amanah.
-     Lihatlah apa yang berlaku pada hari ini apabila sains dan teknologi terbabas daripada nilai-nilai amanah dan agama.
-     Sebagai contoh, bidang bioteknologi telah melahirkan satu konsep baru yang dikenali sebagai kejuruteraan genetik (genetic engineering).
-     Teknologi ini mampu memindahkan bahan genetik yang bernama DNA dari satu spesies ke spesies yang lain.
-     Walau bagaimanapun untuk berjaya, proses ini memerlukan bantuan virus tertentu agar DNA daripada spesies yang berbeza dapat mengenali antara satu sama lain. Penggunaan kuman-kuman virus ini akhirnya menyebabkan kelahiran pelbagai kuman serta penyakit baru yang mampu membunuh manusia.
4
Menjadi panduan hidup manusia dalam mengurus dunia
-      Dalam Al-Quran juga menjelaskan panduan hidup manusia dalam mengurus sesuatu dunia.
-      Urusan hidup manusia yang meliputi emosi, rohani, aqli, jasadi dan nafsu hanya mampu diatur mengikut acuan Allah hanya melalui panduan al-Qur’an
5
Menegakkan keadilan
-      Dalam ayat Al-Quran juga menerangkan mengenai keadilan yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan.
-      Keadilan ini sangat dituntut dalam Islam untuk melahirkan umat yang berakhlak.

2.1.3  Membincangkan wahyu sebagai sumber dalam bidang Sains Teknologi dan Kejuruteraan
1) Peranan al-Quran dalam Sains dan Teknologi
Bil
Wahyu Sumber Bidang Sains Teknologi & Kejuruteraan

Huraian
1
Garis panduan kepada saintis dalam melaksanakan sesuatu ujikaji
Ø  Menggalakkan supaya mengkaji alam tabi’i.
Ø  Mengajak manusia supaya menggunakan akal fikiran dan mata hati untuk berfikir.

Bukti-bukti dalam  ayat al-Quran :-

1)   Firman Allah dalam Surah al-Ghasiah : 17-20

Maksudnya: 

Mengapa mereka yang kafir masih Mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (17) Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya?(18) Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? (19) Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?” (20) 
(Surah Al-Ghasiah :17-20)


2)    Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut :19

Maksudnya : 

Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah   matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah”.




3)    Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d : 3 – 4
Maksudnya :

Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. (3)
 Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan  menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.(4)”


2
Kitab yang menjadi sumber pelbagai cabang sains / teknologi.
Ø  Sifat al-Quran sebagai petunjuk  dan rahmat yang dapat menjadi panduan kepada pembentukan bidang-bidang dan cabang-cabang ilmu atau klasifikasi ilmu dalam Islam.
Ø  Bukti-bukti ayat-auat al-Quran antaranya :-

1)          Firman Allah dalam Surah Rum ayat 22 :
Maksudnya : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.”
(Surah ar-Rum : 22)

2)          Firman Allah dalam surah An-Nahl : 11

Maksud ayat : 

Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir”.


3)          Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 21-22 :
Maksud ayat : 

“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buhan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintah-Nya juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu  dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu”.
3
Menggalakkan pembangunan teknologi.
Ø  Memberi galakan dalam membina teknologi.

Ø  Umat Islam mestilah sentiasa bersedia dengan teknologi semasa.

Ø  Bukti-bukti dalam ayat al-Quran :
1)    Firman Allah dalam Surah al-Anfal ayat 60:

Maksud ayat :

“Dan sediakakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengentahuinya sedangkan Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.
(Surah al-Anfal:60)




2)    Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 80:
Maksud ayat :

Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?”

3)          Firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 27:
Maksud ayat : 

Lalu Kami wahyukan kepadanya: "Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati lemas.”
4
Panduan dalam penggunaan teknologi
Ø Al-Quran memberi garis panduan dan penggunaan teknologi bagi membangunkan alam.
Ø Untuk membangunkan alam mestilah berbentuk yang tidak merosakkan dan memusnahkan alam dan juga memusnahkan nilai akhlak manusia.

1)   Ayat al-Quran yang berkaitan adalah dalam Surah Rum:41

Terjemahannya : “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

5
Menjadikan sains teknologi dan kejuruteraan mencapai fakta dan bukti ke arah kebenaran
Ø  Menunjukkan kebenaran hakikat sesuatu kejadian yang diciptakan Allah berdasarkan kepada sains, teknologi dan kejuruteraan Islam.
Ø  Membuktikan akan fakta-fakta yang dapat mencapai sesuatu kea rah kebenaran sesuatu perkara dan kejadian.
Ø  Dapat mengaitkan sains, teknologi dan kejuruteraan dalam al-Quran dengan fakta sains hari ini.

Ø  Mengenai Teori Ledakan Besar (The Big Bang Teory). Ada yang percaya kepada ‘teori keadaan yang tidak berubah’ (steady state) iaitu dunia ini adalah seperti purbakala, tidak berubah. Dibuktikan dengan ayat-ayat al-Quran dan kata-kata Allah sendiri.

Ø  Bukti-bukti ayat al-Quran antaranya:
1)   Firman Allah dalam surah Yaasin ayat 82:

Terjemahan :

 “Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.”






 2.2  Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran dan al-Hadis


1) Menjelaskan fakta-fakta tentang alam tabi’i
a.  Proses kejadian alam tabi’i.
      i.        Allah telah menjelaskan kepada umat manusia mengenai perkara-perkara yang tidak dapat difikirkan oleh manusia melalui wahyu.

     ii.        Istilah-istilah yang sering diguna pakai untuk alam tabi’i adalah kosmos / cosmos yang bermaksud tertib, harmoni, peraturan dan perhiasan.

    iii.        Kosmos juga bermaksud satu sistem yang tersusun secara harmoni dan istilah kosmos dalam islam meliputi makhluk rohaniah yang tidak dapat dikaji menerusi pengajian saintifik dan emrprikal.

   iv.        Ilmu kosmos atau kosmologi lahir kerana membicarakan tentang asal-usul alam, struktur atau perlembagaan alam, penciptaan dan kesudahan alam serta matlamat penciptaan alam.

    v.        Ilmu kosmologi dalam Islam adalah mengaitkan alam dengan Penciptanya.

   vi.        Dalam Al-Quran pula, alam tabi’i meliputi seluruh langit  dan isi kandungannya serta penghuninya, bumi dan seluruh isi kandungannya serta penghuninya dan juga segala apa yang berada antara di langit dan bumi.

  vii.        Firman Allah SWT dalam Surah Al-Fussilat ayat 53:

Terjemahan ayat :

 “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”

 viii.        Daripada ayat tersebut, Allah telah memperlihatkan kepada hamba-hamba-Nya di segenap dan  pelusuk  penjuru kehidupan ini dan satu daripadanya ialah melalui pengkajian-pengkajian sains, supaya menjadi jelas kepada manusia bahawa al-Quran itu adalah satu kebenaran.
   ix.        Penemuan-penemuan sains yang telah disentuh oleh Al-Quran ratusan tahun sebelumnya akan menjelaskan kepada manusia pada zaman ini dan pada zaman akan datang bahawa Al-Quran itu adalah satu kebenaran yang mutlak.

b.  Fenomena alam tabi’i dalam al-Quran
Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran

Fakta Al-Quran mengenai kejadian alam

a.    Alam ini diciptakan oleh yang menciptkana dan bukan terjadinya dengan sendiri.


1)    Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 11

Terjemahan:

“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia”             (Surah al-Baqarah : 117)

2)    Surah Al-Furqan ayat 59

 Terjemahan: 

“Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya”.

3)    Surah Nuh ayat 15 – 16


Terjemahan :

"Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, "Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang)”.





Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran
b.    Alam diciptakan secara berpasang-pasangan
      i.        Allah memberitahu bahawa Dia telah mencipta semua kehidupan di alam semesta ini secara berpasang-pasangan, baik dari alam, tumbuh-tumbuhan, manusia, haiwan, hidupan seni dan lain-lain makhluk yang kita tidak ketahuinya.
     ii.        Penemuan sains yang terbaru menunjukkan bahan-bahan (unsur-unsur) yang amat seni mempunyai pasangan umpamanya sel.
    iii.        Sel kulit tetap akan menjadi kulit dan sel daging akan menjadi daging.
   iv.        Kod tersebut terdapat dalam molekul Deoxyribo – nucleic – asid (DNA).

1)    Firman Allah dalam Surah ar-Ra’d ayat 3:

Terjemahan :


 “Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir”.


2)    Surah Az-Zukhruf ayat 12 :

Terjemahan : 

“Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian makhluk yang berbagai jenisnya; dan Ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan binatang ternak yang kamu dapat mengenderainya”


3)    Surah An-Naba’ ayat 8 :


Terjemahan : 

“Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?”

Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran
c.    Peredaran planet bumi dalam orbitnya mengelillingi matahari.

      i.        Menunjukkan bahawa alam ini dan seluruh isinya bergerak dalam paksinya mengikut yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
     ii.        Sebenanrnya, gunung-gunung juga bergerak, sedangkan kita sebenarnya tidak mengetahuinya kerana ia tidak bergerak seperti geraknya awan.
    iii.        Menurut fakta sains, planet Bumi ini berpusing atas paksinya satu pusingan dalam masa 24 jam dan dalam pada masa yang sama planet bumi bergerak menurut orbit berpusing mengelilingi matahari.
   iv.        Tiap-tiap satu pusingan orbitnya, Bumi mengambil masa lebih kurang 365 hari dan 6 jam dan bergerak sejauh 585 juta batu iaitu beredar lebih kurang 18.5 batu sesaat atau 66,600 batu sejam.
    v.        Merupakan 30 kali ganda lebih pantas dari kelajuan pergerakan peluru.
   vi.        Banyak ayat al-Quran menerangkan mengenai peredaran alam ini antaranya :

1)    Firman Allah dalam an-Naml ayat 88 :

Terjemahannya : 

“Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan”.


2)     Firman Allah dalam surah Al-Anbiya’ ayat 33 menjelaskan mengenai peredaran matahari dan bulan :

Terjemahannya :

“Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)”.





Image result for FAKTA-FAKTA SAINTIFIK YANG TERDAPAT DALAM AL-QURAN DAN AL-HADIS


Image result for Fenomena alam tabi’i dalam al-Quran




Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran

3)    Firman Allah dalam surah Yaasin ayat 38 menjelaskan juga mengenai peredaran alam ini.

Terjemahannya :

“Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;”

d.    Penciptaan langit/

      i.        Allah telah menciptakan langit dan meninggikannya da juga telah menyempurnakan penciptaan-Nya daripada unsur-unsur dukhan (asap).
     ii.        Juzuk-juzuk yang terdiri daripada jirim dukhan telah menjadikannya kuat dan kukuh.
    iii.        Kemudian langit itu dijadikan berlapis-lapis dan daripada unsur dukhan itu terbentuknya bintang dan planet.
Firman Allah dalam surah Fussilat ayat 11 :

Terjemahannya : “Kemudian Ia menunjukkan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela"


Al-Quran juga turut menggambarkan kepada kita keadaan langit yang membuktikan tentang peristiwa Ira’ dan Mikraj Nabi Muhammad SAW merentasi langit melalui pintu-pintu yang dijaga oleh para malaikat menggambarkan alam ini mempunyai tutupan lahiriah yang bersifat pepejal.
Firman Allah dalam Surah Al-Qaf ayat 6 menjelaskan peristiwa ini yang bermaksud :
“Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasainya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikit pun”.

Selain itu, terdapat juga ayat-ayat yang menggambarkan keadaan pencairan yang berlaku kepada langit apabila suhu  meningkat terlalu tinggi iaitu dalam surah al-Maarij ayat 8 yang bermaksud :

“ Pada hari ketika langit seperti luluhan perak”.
e.    Kejadian dan proses terjadinya awan

      i.        Awan memainkan peranan penting dalam proses kejadian air hujan kerana awan menjadi penyebab kepada satu proseskondensasi (proses gas air berubah menjadi cecair).
     ii.        Kondensasi hanya boleh berlaku pada permukaaan butir-butir debu, garam dan lainnya.
    iii.        Firman Allah dalam surah an-Nur ayat 43 yang bermaksud:
“Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarakkan awan, kemudian mengumpulkan antaranya kemudian Dia menjadikannya bertindih-tindih, maka kamu kan melihat hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah juga menurunkan air dari langit iaitu dari gumpalan-gumpalan awan seperti gunung-gunung”.
f.     Menjelaskan mengenai wujudnya kejadian siang dan malam dalam Al-Quran

      i.              Kejadian siang dan malam telah diterangkan dalam Al-Quran.
     ii.Dari pandangan mata kasar, boleh dikatakan siang akan mendahului malam atau malam akan mendahului siang tetapi dalam al-Quran menyatakan siang bukan mendahului malam dan malam juga tidak mendahului siang.

                        iii.        Bukti dijelaskan dalam Al-Quran antaranya :

1)    Dalam surah Yunus ayat 6:

Terjemahannya :

“Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami”.

2)    Firman Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 5 :

Terjemahannya : 

“Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, - tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.”
g.    Menjelaskan berlakunya fenomena hujan.

      i.        Menjelaskan serta menreangkan penurunan hujan dari langit dan diturunkan dengan kadar yang tertentu.

1)    Surah al-Baqarah ayat 164 :

Terjemahan 

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya, dan keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”


2)    Surah az-Zukhruf ayat 11 :
Terjemahan: “Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).”


Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran
h.  Kejadian matahari dan fakta mengenai matahari
      i.        Matahari adalah sebuah bintang yang jaraknya dengan bumi lebih kurang 148.8 juta kilometer denan diameternya 1.4 juta kilometer.
     ii.        Matahari adalah sebuah bintang yang sederhana dan mengeluarkan tenaga dalam bentuk haba dan cahaya.
    iii.        Penghasilan tenaga ini disebabkan berlakunya perlanggarannucleus hydrogen antara satu sama lain.
   iv.        Proses ini menyebabkan lahirnya beberapa lapisan matahari, iaitukoroma, kromosfera dan fotosfera.
    v.        Koroma merupakan lapisan matahari yang paling luar mengandungi gas panas suhunya dianggarkan 22 juta darjah celcius.
   vi.        Lapisan kromosfera pula terletak di bawah koroma. Pada bahagian ini berlaku letupan gas panas yang memancutkan hidrogen panas sehingga 10, 000 km.
  vii.        Manakala fotosfera mempunyai suhu purata sehingga 6000 darjah.
 viii.        Matahari berputar pada paksinya mengambil masa kira-kira 25 hari untuk melengkapi satu pusingan.
   ix.        Pergerakan kedua ialah beredar mengelilingi galaksi selaju 786,000 kilometer sejam dengan mengambil masa 225 juta tahun untk satu revolusi.
    x.        Ayat al-Quran mengenai matahari adalah dalam surah al-Anbiya’ ayat 33:

    xi.         Terjemahan : “Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)”.


  xii.        Matahari juga merupakan satu jisim haba dan cahaya seperti mana yang digambarkan dalam Surah Yunus ayat 5 yang bermaksud :
 xiii.        “Dialah yang menjadikan matahari bersinar (nur), bulan bercahaya (Dhiya’) dan menerbitkan orbit (manzilah).    (Surah Yunus : 5)
Image result for fakta-fakta tentang kejadian haiwan dan alam fauna



2)    Menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian manusia dan proses kejadian manusia.


Image result for kejadian manusia dan proses kejadian manusia.

      i.        Dalam Bahasa Arab, manusia disebut al-basyar dan perkataan yang sama erti dengannya adalah an-nas, al-insan dan dalam bahasa Melayu disebut sebagai pelupa.

     ii.        Al-Quran menerangkan berkenaan ciptaan manusia dengan jelas dalam beberapa surah. Antaranya firman Allah dalam surah at-Tiin :

a.     Terjemahannya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”.                                                               ( Surah at-Tiin : 4)

    iii.        Malaikat telah sujud kepada Nabi Adam a.s setelah dicipta oleh Allah swt sebagai satu tanda penghormatan yang agung. Adam a.s bukanlah makhluk ‘Homo Eretus’  seperti yang dikatakan oleh Teori Darwin. Jika Adam a.s adalah makhluk Homo Eretus’  sudah tentu Allah tidak melantiknya sebagai khalifah Allah. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud :

a.     “ Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini”.

Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran

a.       Mengenai penciptaan dan kejadian Adam a.s

Ø    Allah menjelaskan kejadian dan rupa bentuk Adam adalah sebaik-baik kejadian.
Ø    Bukanlah berkembang dari satu bentuk kepada bentuk yang lain mengikut perederan masa seperti dakwaan salah oleh Darwin.
Ø    Nabi Adam a.s diciptakan dari tanah.
Ø    Al-Quran menjelaskan dan menggunakan beberapa istilah tentang kejadian manusia antaranya
1)    Air (al-ma’) seperti dalam al-Quran srah al-Furqan ayat 54.
2)    Daripada tanah / debu (al-Turab) seperti dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 59, al-Hajj ayat 5 dan Surah Fathir ayat 11.
3)    Pati tanah (at-Tiin) seperti dalam Al-Quran surah Ali Imran ayat 49, surah al-A’araf ayat 12, Surah al-Isra’ ayat 61 dan Surah al-Mukminun ayat 11.
4)    Tanah liat dansebati (tin lazib) seperti dalam al-Quran surah al-Safaat ayat 11.
5)    Tanah yang keras seperti tembikar (shahshal) seperti dalam al-Quran surah al-Hijj ayat 26, 28 dan 29, Surah al-Rahman ayat 14.
6)    Tanah bumi (al-ardh) seperti dalam al-Quran surah an-Najm ayat 32.

Ø    Allah telah melantik Adam sebagai khlaifah di muka bumi dan telah mengajar Adam a.s nama-nama benda seluruhnya seperti yang telah dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 31.
Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran

b.  Mengenai penciptaan hawa

Ø  Al-Quran menceritakan penciptaan Hawa melalui surah an-Nisa’ ayat 1 yang bermaksud:
“Hai sekalian manusia , bertaqwalah kepada tuhan-Mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak….”

c.  Penciptaan zuriat Adam

Ø  Al-Quran menggunakan beberapa istilah mengenai penciptaan zuriat Adam (kecuali Isa bin Maryam) antaranya :
1)    Menciptakan kamu secara berperingkat-peringkat seperti dalam Al-Quran surah Nuh ayat 14.
2)    Zuriat daripada pati air yang hina (ma’mahin) seperti dalam al-Quran surah as-Sajadah ayat 8 dan surah al-Mursalat ayat 20.
3)    Daripada titisan air yang kotor iaitu air mani (nutfah) seperti yang dijelaskan dalam al-Quran surah an-Najm ayat 46  dan surah al-Qiamah ayat 37.
4)    Menciptakan kamu dalam perut ibu kamu dalam tiga kegelapan (fi zulumat thalathah) seperti yang dijelaskan dalam surah az-Zumar ayat 6.
5)    Janin dalam perut ibu (fi butun ummuhat) seperti yang diterangkan dalam surah an-Najm ayat 32.

Ø  Manusia biasa diciptakan melalui proses tertentu yang memerlukan percantuman mani dalam rahim wanita seperti yang dijelaskan dalam surah al-Qiamah ayat 37 hingga 40 yang bermaksud :
“Kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya dan menyempurnakannya. Lalu Allah menjadikan daripadanya sepasang, lelaki dan perempuan. Bukankah Allah yang berbuat demikian berkuasa pula menghidupkan orang mati”.

d.  Peringkat kejadian manusia dalam al-Quran

1)    Nutfah (Air mani)
Ø   Peringkat pertama bermula selepas persenyawaan – berlaku pada minggu pertama dan bermula selepas percantuman antara air mani lelaki dan perempuan.
Ø   Nutfah disebut sebanyak 12 kali  dan perkataan air mani disebut dalam al-Quran sebanyak 13 kali.
Ø   Antara ayat al-Qurannya adalah dalam surah al-Insan ayat 2:






Image result for fakta-fakta tentang kejadian haiwan dan alam fauna




Fakta Dalam Al-Quran

Terjemahan : “Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.”

Ø  Selain itu, dalam surah an-Najm ayat 46 – 47 menjelaskan mengenainya yang bermaksud :

“Dan bahawa sanyalah Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan perempuan, dari air mani apabila dipancarkan”.


2)     ‘Alaqah

Ø  Perkataan bahasa ‘Arab yang bermaksud ‘sesuatu yang tergantung, melekat atau bergantung’ kepada sesuatu yang lain.
Ø  Mempunyai maksud perkataan lain iaitu ‘suatu buku atau ketulan darah’.
Ø  Perkataan ‘alaqah disebutkan dalam al-Quran sebanyak lima kali iaitu dalam surah al-Hajj ayat 5, surah al-Qiyamah ayat 37 – 40, surah al-Mu’min ayat 67 dan surah al-‘Alaq ayat 1 -3.
Ø  Peringkat ini terbentuk pada hujung minggu pertama atau pada hari ketujuh dan telur yang disenyawakan ini akan tertanam di dinding (qarar makin).


3)    Mudghah
Ø  Terjadi pada minggu ke-4. Dalam al-Quran menyebutkan ada dua mudghah iaitu mudghah mukhallaqah (sempurna) dan mudghah ghair mukhallaqah (tidak sempurna).
Ø  Peringkat ini terbentuknya otak, saraf tunjang, telinga, dan anggota-anggota lain.
Ø  Jantung juga sudah mula berdegup dan darah sudah mula mengalir  lebih banyak ke jantung bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.

4)    Nasyatan Khalqan Akhar
Ø  Berlakunya pada akhir minggu ke-8.
Ø  Perubahan berlaku iaitu pertukaran embrio kepada janin.
Ø  Semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurna. Pada bukan ke-4, pembentukan uri menjadi lengkap menyebabkan baki pranatal bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang telah wujud.

5) Nufkh ar-Ruh
Ø  Proses peniupan roh berlaku selepas 40 hari dan selepas terbentuknya organ seks.

2)    Menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian haiwan dan alam fauna
a) Labah-labah
1.    Allah menjelaskan penciptaan labah-labah dalam al-Quran. Labah-labah mampu menangkap mangsanya yang sedang terbang tinggi dari jarak setengah meter lebih.
2.      Teknik yang digunakan oleh labah-labah adalah menggunakan daya tekan hidrolik yang terdapat pada 8 kakinya.
3.      Pada akhir penyerangan, labah-labah menyerang ke arah mangsanya dan memakan dengan taringnya.
4.      Secara alaminya, labah-labah ini tidak terfikir bahawa mata-mata tambahannya mampu memberi kemudahan kepadanya lalu ia kemudian menggunakan kemudahannya tersebut dengan secara keseluruhan.

b)  Lebah
    1.     Allah menjelaskan dalam al-Quran dalam surah an-Nahl ayat 68 :
           
Terjemahannya : “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.”                                                    ( Surah An-Nahl : 68 )

   2.      Lebah madu membuat tempat penyimpanan madu lebah dengan bentuk yang amat baik dan menarik sekali. Para ahli matematik merasa kagum ketika mengetahui perhitungan lebah yang sangat cermat itu dalam mengendalikan tempat penyimpanan makanannya.
   3.      Lebah adalah seekor binantang yang amat patuh pada perintah Allah apabila Allah menyatakan buatlah sarang di gunung-ganang dan pokok-pokok kayu, maka lebah taat pada perintah Allah.
   4.      Menggunakan cara yang sangat menarik ketika membuat sarangnya yang mana dimulai dengan membangunkan sel-sel tempat penyimpanan madu dari sudut-sudut yang berbeza seterusnya pada akhirnya mereka akan bertemu di tengah.
  5.       Madu lebah yang telah dihasilkan tadi sebenarnya banyak kegunaan untuk manusia dalam kehidupan. Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 69 iaitu:


Terjemahannya : 

“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.”

c)  Fakta mengenai fauna
1.         Dalam al-Quran Allah menjelaskan dalam Surah al-An’am ayat 95 :
           

Terjemahannya :

“Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembah-Nya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutu-Nya)?”

2.         Antara fungsi tumbuh-tumbuhan adalah :
              i.        Sebagai bahan makanan.
             ii.        Sebagai hasil pendapatan manusia
            iii.        Menghalang dari berlakunya hakisan tanah dan banjir
            iv.        Menyejukkan muka bumi daripada kehangatan matahari.
             v.        Sebagai bahan makanan bagi haiwan dan manusia seluruhnya
            vi.        Sebagai punca untuk mengindahkan dan menceriakan alam ini.
           vii.        Sebagai bahan ubat-ubatan kepada manusia khususnya herba-herba.
          viii.        Membekalkan gas oksigen kepada hidupan dan menyingkirkan gas karbon
      dioksida daripada atmosfera.



2.2.1   Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Hadith
1)         Pengertian Al-Hadith / As-Sunnah
                      i.        Segala apa yang datang dari pada Rasulullah SAW selain al-Quran sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan mahu pun pengakuan Baginda yang boleh dijadikan dalil kepada sesuatu hokum syara’.

-       Al-Hadith terbahagi kepada 3 iaitu :-

1)    As-Sunnah Qauliyyah (perkataan) – hadith-hadith yang dituturkan sendiri oleh Baginda SAW seperti sabdanya mengenai kejadian Hawa yang bermaksud :
“Sesungguhnya perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk Adam”.

2)    As-Sunnah Fi’liyyah – perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Baginda SAW yang dimaksudkan untuk dijadikan kepada hukum. Ini bermaksud, tidak semua perlakuan Baginda itu adalah dianggap sebagai Sunnah. Contohnya adalah mengenai proses solat yang mana sabdanya:

“Sembahyanglah kamu seperti mana kamu lihat aku sembahyang”.
3)    As-Sunnah Taqririyyah – suatu persetujuan yang diberikan oleh Baginda SAW. Ini termasuklah diam Baginda apabila melihat atau mendengar sesuatu perbuatan atau percakapan sahabat sama ada di hadapan atau di belakang Baginda akan tetapi perkara itu telah dimaklumkan. Oleh sebab Baginda tidak mengingkari perkara tersebut, maka jelas menunjukkan pengakuan Baginda terhadap perkara tersebut. Sebagai contoh, pengakuan Nabi Muhammad SAW kepada Muaz bin Jabal untuk berijtihad semasa ketiadaan nas daripada al-Quran dan as-Sunnah.
2)    Menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian manusia dan proses kejadian manusia dalam al-Hadith
a)         Hadith tentang kejadian manusia. Sabda Rasulullah SAW mengenai kejadian manusia adalah sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’ud r.a katanya : telah menceritakan kepada kami oleh Rasulullah SAW dan ia yang benar lagi dibenarkan (Rasulullah SAW yang benar dan dibenarkan segala tndakannya); sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian jadi segumpal darah seperti yang demikian itu 40 hari, kemudian jadi seketul daging seperti yang demikian itu juga 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis 4 kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalannya, dan celaka atau bahagianya. Maka demi Allah yang tidak ada Tuhan selainnya, sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan amalan ahli syurga  sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu iapun mengerjakan dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya; dan sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta, kemudian terdahulu atsnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan pula dengan amalan ahli syurga, maka masuklah ia ke dalamnya.

 : https://www.youtube.com/watch?v=nnfGr_22yw0   (wahyu Pertama)
 :http://azizharjinesei2015oktober.blogspot.my/2015/10/fakta-fakta-saintifik-al-quran-                          dalam.html
 : https://www.youtube.com/watch?v=QncxZbGvg7g
           (Mujizat Al-Quran dalam proses penciptaan manusia)


KESIMPULAN
Untuk menganggap bahawa kewujudan fakta-fakta saintifik dalam Al-Qur’an merupakan  satu kebetulan adalah tidak dapat diterima akal dan bercanggah dengan pendekatan saintifik sebenar. Al-Qur’an mengajak semua manusia untuk merenung penciptaan alam semesta ini dalah ayat yang berikut:
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi  dan pergantian malam dan siang (ada) tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mempunyai akal (Aali – ‘Imraan : 190 )
Bukti-bukti saintifik di dalam Al-Qur’an membuktikan dengan jelas bahawa ianya dari Ilahi. Tiada seorang manusia pun yang dapat mengarang sebuah kitab, 1,400 tahu tahun yang lalu, yang mengandungi  fakta-fakta saintifik yang terperinci , yang mana hanya dapat ditemui oleh manusia beberapa abad selepas itu.
Walau bagaimanapun Al-Qur’an bukan sebuah kitab sains , tetapi ianya adalah sebuah kitab ‘Petunjuk’. Petunjuk-petunjuk ini mengajak manusia supaya sedar tujuan kewujudannya di atas muka bumi ini, dan hidup penuh harmoni dengan alam ini. Al-Qur’an sebenarnya wahyu dari Allah, Maha Pencipta dan Maha Pemelihara alam semesta ini. Ia mengandungi mesej MengEsakan Allah, yang telah diseru oleh semua Nabi dan Rasul, bermula dari Nabi Adam A.S, Musa A.S, Isa A.S sehinggalah kepada Nabi Muhammad SAW.
Beberapa karya panjang yang terperinci telah dikarang mengenai Al-Qur’an dan sains moden dan penyelidikan selanjutnya dalam bidang ini sedang berjalan. InsyaAllah penyelidikan ini akan membantu manusia untuk mendekati ayat-ayat Allah yang Maha Berkuasa. Buku ini hanya mengandungi beberapa fakta saintifik yang terkandung di dalam Al-Qur’an. Tidaklah adil bagi saya untuk menyatakan bahawa saya telah mencakupi keseluruhan perkara tersebut.
Prof. Tejasen memeluk Islam hanya dengan kekuatan satu petunjuk saintifik sahaja yang dinyatakan dalam Al-Qur’an. Ada orang yang mungkin memerlukan sepuluh petunjuk, manakala yang lain memerlukan ratusan petunjuk untuk meyakini bahawa Al-Qur’an sebenarnya  ayat-ayat Allah. Ada orang yang tidak dapat menerima kebenaranNya walaupun diberikan beribu petunjuk. Al-Qur’an mencela orang-orang yang tertutup pemikirannya ini dalam ayat berikut:
صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لاَ يَرْجِعُونَ
Mereka tuli, bisu ( dan) buta , maka mereka tidak dapat kembali (keluar dari kesesatan) . ( Al-Baqarah : 18 )
Al-Qur’an mengandungi peraturan hidup yang sempurna bagi individu dan masyarakat. Alhamdulillah, cara hidup yang ditunjukkan oleh Al-Qur’an jauh lebih unggul daripada ‘ism-ism ‘ (anutan-anutan) yang direka oleh manusia moden disebabkan kejahilannya. Siapa yang boleh memberikan petunjuk yang benar kepada manusia selain dari Maha Pencipta manusia itu sendiri?
Kami berdoa agar usaha yang sedikit ini akan diterima Allah, dan padaNya kami mengharapkan rahmat dan petunjuk (Aamiin).

No comments:

Post a Comment